Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL KERING TAUHU TEMPE KENTANG & IKAN BILIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Resepi hari ni yang biase2 je…sesiapa pon boleh masak dan selalu buatkan…mak QH pon selalu masak begini juga tau…terkadang resepi yang mudah macam ni la selalu dicari2kan…sebagai pembuka selera macam tu…hihihi…pada musim haji kebiasaannya para Jemaah Malaysia sudah tentu menjadikan sambal kering ni sebagai menu pilihan utama untuk dibawa bekal ke sana…masak garing2 dan kering lagi…boleh tahan lama jika disimpan elok…tapi tauhu tu tak boleh letak la sebabnya mudah basi nanti…



Macam QH kan bekerja…kalau rehat tengah hari tu bila makan nasi campur selalu juga ambil lauk sambal kering ni…lagi pon sangat mudah nak dapat di gerai2 nasi berlauk…pergi mana2 gerai nasi berlaluk mesti jumpa sambal kering ni…betul tak?? ada yang masak letak kacang tanah…tapi versi QH ni tak letak pon kacang tanah tu…sebabnya kurang gemar dan macam mengganggu jer nak makan nanti kena ketepikan dulu…hehehe…ikut pada selera masing2 nak letak atau tidak kacang tanah tu…jika ada yang sudi ingin mencuba…resepi ada di bawah yer…SELAMAT MENCUBA semua… 



SAMBAL KERING TAUHU TEMPE KENTANG & IKAN BILIS

Bahan2
3 keping tauhu basah – potong nipis
3 biji ubi kentang – potong nipis
5 bungkus tempe – potong nipis
Segenggam ikan bilis
10 tangkai lada kering – di hiris
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
20 tangkai lada kering – rendam dan kisar
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Caranya
1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila minyak sudah panas, goreng tauhu, ubi kentang, tempe dan ikan bilis sehingga garing. Goreng bahan2 tadi satu persatu. Ketepikan.
2. Dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan lada kering yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik minyak. Tambahkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi.
4. Masukkan lada kering yang dihiris, sedikit air dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
5. Masukkan pula tempe, tauhu, kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. 
6. Akhir sekali masukkan gula secukupnya dan garam jika perlu. Bila rasa sudah seimbang matikan api. Siap.



2 comments

Ros said...

Assalamualaikum Qasey Honey..

Sedapnyaaa..

norsadira said...

Sedapni mkn cm 2 je.
Jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com